8.3.2017 – Mesyuarat JKPA Bil.1/2017 Daerah Hulu Selangor telah diadakan di SK Lembah Beringin. Sebanyak 68 buah sekolah terlibat dalam mesyuarat ini yang terdiri dari Pengetua dan Guru Besar sekolah daerah Hulu Selangor. Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil PPD Hulu Selangor, En Adli bin Ibrahim dan wakil BTPN Selangor, En Nahar bin Abdul Halim. Penghargaan turut diberikan kepada Pengetua dan Guru Besar yang beroleh kejayaan peringkat sekolah. Mesyuarat ditangguhkan jam 11.30 pagi.