25.4.2018 – Satu kolaborasi di antara PKG Kampung Soeharto dan SK Parit 6, Sungai Besar telah berjaya diwujudkan bersama dengan sekolah ahli zon PKG Kampung Soeharto. PKG memilih SK Parit 6 sebagai rakan kolaborasi adalah kerana pencapaian sekolah tersebut dalam bidang Pusat Sumber dan ICT yang amat mengagumkan iaitu diperingkat antarabangsa. Yang menariknya adalah guru besar tersebut adalah mantan pegawai PKG Sungai Besar. PKG Kampung Soeharto turut membawa bersama Guru Penyelaras Bestari (GPB)/ICT, Guru Perpustakaan & Media (GPM) dan Juruteknik Komputer sekolah.

Tahniah warga kerja SK Parit 6, Sungai Besar.. !