23-24.10.2017 – Khidmat bantu PSS telah diadakan di SK Sungai Selisek. Seramai 11 orang Guru Perpustakaan & Media (GPM) terlibat dan 1 orang pegawai dari PKG Kampung Soeharto. Bengkel ini juga bertujuan untuk berkongsi maklumat dan aktiviti yang boleh dijalankan di sekolah masing-masing. Banyak perkongsian dapat digunapakai apabila guru-guru ini balik ke sekolah masing-masing. Sedikit cenderahati diberikan tanda berakhirnya bengkel ini.