16.5.2019 – Khidmat bantu ini telah dijayakan bersama Guru Perpustakaan & Media (GPM) sekolah ahli zon PKG Kampung Soeharto. Pusat Sumber mini telah diwujudkan di Asrama Desa SK Sungai Tengi. Satu bilik telah dijadikan pusat sumber mini yang mempunyai lebih kurang 200 buah buku untuk dibaca oleh penghuni asrama tersebut. Khidmat bantu ini berlangsung selama 2 hari dan berakhir dengan penutupan oleh Guru Besar SK Sungai Tengi, En Hassaruddin bin Yaakob.