26.4.2017 – Kem NILAM zon PKG Kampung Soeharto telah diadakan selama satu (1) hari di PKG Kampung Soeharto. Setiap sekolah diminta menghantar 2 orang calon bersama dengan 1 orang guru pengiring yang terdiri dari Guru Perpustakaan & Media (GPM) sekolah terbabit. Setiap pelajar adalah diminta melalui semua sesi ujian yang telah ditetapkan bagi mendapatkan calon yang layak sepenuhnya bagi mewakili zon PKG Kampung Soeharto. Peringkat seterusnya adalah daerah Hulu Selangor.