18.4.2018 – Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) telah dijalankan selama 2 hari iaitu bermula 17 hingga 18 April 2018. Tempat yang dipilih adalah di SK Sungai Tengi. Majlis telas dirasmikan oleh En Nor Ahmad bin Khamzah, Ketua Unit, Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan (UPSP) BTPN Selangor. Turut hadir ialah Pengetua dan Guru Besar sekolah ahli zon PKG Kampung Soeharto. Persembahan bercerita dan nasyid turut dipersembahkan dalam majlis tersebut. En Ahmad Shauhada bin Zakaria, Guru Besar SK Sungai Tengi turut menjemput semua yang hadir ke sanggar VLE yang telah diwujudkan dalam bilik Pusat Sumber Sekolah. Sanggar VLE adalah satu tempat yang dikhaskan untuk kemudahan murid mengakses laman pembelajaran maya, VLE Frog. Akhir sekali, En. Nor Ahmad memberi penerangan tentang bidang Pusat Sumber Sekolah pada semua hadirin. Terima kasih pada semua yang terlibat bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar terutama sekali tuan rumah, SK Sungai Tengi. Tahniah SK Sungai Tengi! Majlis berakhir jam 1.00 tengahari.