10.4.2017 – Bengkel Professionalisme Untuk Juruteknik Komputer Sekolah zon PKG Kampung Soeharto telah diadakan di PKG Kampung Soeharto. Penceramah yang dijemput khas dari SK Kampung Soeharto pula adalah merupakan Pengerusi JKPA PKG Kampung Soeharto, iaitu En Rahman bin Mat, Guru Besar SK Kampung Soeharto. Seramai 9 orang terlibat dalam bengkel tersebut. Sesi soal jawab turut diselit tanda wujudnya komunikasi 2 hala di antara peserta dan penceramah. Bengkel berakhir jam 2:00 petang.