20.3.2019 – Bengkel untuk Guru Perpustakaan & Media (GPM) telah diadakan di PKG Kampung Soeharto. Penceramah jemputan adalah En Nor Ahmad bin Khamzah, Ketua Unit, Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan (UPSP) BTPN Selangor. Menggunakan tajuk slaid “Pengurusan NILAM Berkesan dan Pusat Sumber Sekolah Abad Ke-21” sebagai pembukaan bengkel dapat menyemarakkan lagi semangat GPM sekolah ahli terutama GPM yang baru dilantik. Bengkel berakhir jam 4.30 petang.