1.8.2018 – Bengkel Pengisian Data SSQS untuk Guru Perpustakaan dan Media (GPM) telah diadakan di PKG Kampung Soeharto. Seramai 11 orang GPM turut hadir dalam bengkel ini. Semua GPM didedahkan dengan instrumen SSQS untuk GPM. Setiap jawapan yang dipilih akan mempengaruhi taraf bintang pembestarian sekolah masing-masing. Bengkel berakhir jam 1.00 tengahari.