13.3.2017 – Mesyuarat Kluster Tekno-ICT Bil.1/2017 Daerah Hulu Selangor telah diadakan di SK Lembah Beringin. Sebanyak 68 buah sekolah terlibat dalam mesyuarat ini yang terdiri dari Guru Penyelaras Bestari (GPB) / Penyelaras ICT (GPICT) sekolah daerah Hulu Selangor. Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil PPD Hulu Selangor, En Mohd Helman bin Rahim dan wakil BTPN Selangor, En Munir bin Mat Yaub. Mesyuarat ditangguhkan jam 4.30 petang.