31.7.2018 – Bengkel Pengisian Data SSQS untuk pentadbir sekolah telah diadakan di PKG Kampung Soeharto. Seramai 11 orang pentadbir terlibat dalam bengkel ini. Peserta bengkel ini telah didedahkan dengan instrumen SSQS untuk pentadbir mengikut skala masing-masing. Setiap jawapan yang dipilih akan mempengaruhi taraf bintang sekolah. Bengkel berakhir jam 1.00 tengahari.