24.7.2017 – Satu bengkel e-Log telah diadakan di PKG Kampung Soeharto. Kumpulan sasaran yang terlibat adalah terdiri daripada Guru Penyelaras ICT dan Juruteknik Komputer sekolah. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk berkongsi masalah dan tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah pada peringkat awal. e-Log juga dapat membantu pengurusan dan pentadbiran makmal komputer sekolah selain dapat menggalakkan penggunaan komputer di sekolah. Bengkel berakhir jam 1.00 tengahari.