VISI

MENERAJUI TRANSFORMASI GENERASI BESTARI MELALUI TEKNOLOGI PENDIDIKAN

OBJEKTIF

  1. Meningkatkan kompetensi guru mengintegrasi teknologi pendidikan dan inisiatif ICT dalam PdP abad ke-21.
  2. Meningkatkan kompetensi GPB/GICT dalam mengurus inisiatif ICT secara berkesan.
  3. Meningkatkan kompetensi GPM dalam mengurus Pusat Sumber Sekolah (PSS) secara berkesan.
  4. Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi pendidikan.
  5. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru bagi menyokong program bacaan serta literasi maklumat di kalangan murid.

MISI

PEMBANGUNAN KAPASITI DAN PENINGKATAN KUALITI PENGURUSAN INSTRUKSIONAL PEMBUDAYAAN INOVASI TEKNOLOGI PENDIDIKAN

PIAGAM PELANGGAN

  1. Mengambil tindakan terhadap aduan berkaitan peralatan TMK KPM di sekolah dalam tempoh dua (2) hari bekerja.
  2. Membantu sekolah untuk mencapai tahap minimum tiga bintang berdasarkan Smart School Qualification Standard dalam tempoh setahun.
  3. Menyediakan khidmat kepakaran dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran.
  4. Khidmat nasihat berkaitan dengan penggunaan teknologi pendidikan, teknologi maklumat dan komunikasi serta Pusat Sumber Sekolah.
  5. Memastikan siaran eduWeb TV dapat diakses dalam P&P secara online dan offline pada bila-bila masa.