KHIDMAT BANTU MINI PUSAT SUMBER SEKOLAH

KHIDMAT BANTU MINI PUSAT SUMBER SEKOLAH

16.5.2019 – Khidmat bantu ini telah dijayakan bersama Guru Perpustakaan & Media (GPM) sekolah ahli zon PKG Kampung Soeharto. Pusat Sumber mini telah diwujudkan di Asrama Desa SK Sungai Tengi. Satu bilik telah dijadikan pusat sumber mini yang mempunyai lebih kurang 200 buah buku untuk dibaca oleh penghuni asrama tersebut. Khidmat bantu ini berlangsung selama 2 hari dan berakhir dengan penutupan oleh Guru Besar SK Sungai Tengi, En Hassaruddin bin Yaakob.

KEM PEMILIHAN TOKOH NILAM DAN KEM MEMBACA PERINGKAT ZON PKG KAMPUNG SOEHARTO 2019

KEM PEMILIHAN TOKOH NILAM DAN KEM MEMBACA PERINGKAT ZON PKG KAMPUNG SOEHARTO 2019

29.4.2019 – Calon Tokoh NILAM Zon PKG Kampung Soeharto telah dipilih dalam kem ini. Calon yang berjaya ini adalah terpilih untuk mewakili zon PKG Kampung Soeharto ke Daerah Hulu Selangor. Tahniah buat SK Sungai Tengi, SK Kampung Soeharto, SMK Gedangsa dan SAM Sungai Selisek.

Senarai nama pemenang:

Kategori Bahasa Melayu (Sekolah Rendah)
Johan – Nurul ‘Izyan Najihah binti Mohamad Syawaludin | SK Sg. Tengi
Naib Johan – Mia Elyana binti Abdullah | SK Kg. Soeharto
Ketiga – M. Naim bin Ahmad | SK Sg. Tengi

Kategori Bahasa Melayu (Sekolah Menengah)
Johan – Norrus Syasya Faqihah binti Mad Noor Raji | SMK Gedangsa
Naib Johan – Akmal Danish bin Ramlan | SAM Sg. Selisek
Ketiga – Nur Fatihah Aishah binti Azmi | SAM Sg. Selisek

PROGRAM INFO HUNT BAGI PKG KALUMPANG DAN PKG KAMPUNG SOEHARTO

PROGRAM INFO HUNT BAGI PKG KALUMPANG DAN PKG KAMPUNG SOEHARTO

24.4.2019 – Program ‘Info Hunt’ bagi 2 zon PKG iaitu PKG Kalumpang dan PKG Kampung Soeharto telah diadakan di PKG Kalumpang. Program ini melibatkan 5 buah sekolah zon PKG Kampung Soeharto iaitu SK Sg. Selisek, SK Sg. Tengi, SK Seri Fajar, SMK Kampung Soeharto dan SMK Gedangsa. Program ini berakhir jam 4.30 petang.

BENGKEL PENGISIAN INSTRUMENT PUSAT SUMBER CEMERLANG 2019

BENGKEL PENGISIAN INSTRUMENT PUSAT SUMBER CEMERLANG 2019

18.4.2019 – Bengkel Pengisian Instrument PSS Cemerlang Tahun 2019 turut diadakan di PKG Kalumpang. Komitmen yang amat tinggi diberikan oleh GPM sekolah ahli zon PKG Kampung Soeharto untuk hadir berbengkel di PKG Kalumpang amat dihargai. Bengkel berakhir jam 4.30 petang.

BENGKEL PENGURUSAN ASAS PENTADBIRAN PUSAT SUMBER

BENGKEL PENGURUSAN ASAS PENTADBIRAN PUSAT SUMBER

20.3.2019 – Bengkel untuk Guru Perpustakaan & Media (GPM) telah diadakan di PKG Kampung Soeharto. Penceramah jemputan adalah En Nor Ahmad bin Khamzah, Ketua Unit, Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan (UPSP) BTPN Selangor. Menggunakan tajuk slaid “Pengurusan NILAM Berkesan dan Pusat Sumber Sekolah Abad Ke-21” sebagai pembukaan bengkel dapat menyemarakkan lagi semangat GPM sekolah ahli terutama GPM yang baru dilantik. Bengkel berakhir jam 4.30 petang.