KOLABORASI PEMBESTARIAN SEKOLAH DAN PERKONGSIAN ILMU PUSAT SUMBER SEKOLAH, SEKOLAH AHLI ZON PKG KAMPUNG SOEHARTO

KOLABORASI PEMBESTARIAN SEKOLAH DAN PERKONGSIAN ILMU PUSAT SUMBER SEKOLAH, SEKOLAH AHLI ZON PKG KAMPUNG SOEHARTO

25.4.2018 – Satu kolaborasi di antara PKG Kampung Soeharto dan SK Parit 6, Sungai Besar telah berjaya diwujudkan bersama dengan sekolah ahli zon PKG Kampung Soeharto. PKG memilih SK Parit 6 sebagai rakan kolaborasi adalah kerana pencapaian sekolah tersebut dalam bidang Pusat Sumber dan ICT yang amat mengagumkan iaitu diperingkat antarabangsa. Yang menariknya adalah guru besar tersebut adalah mantan pegawai PKG Sungai Besar. PKG Kampung Soeharto turut membawa bersama Guru Penyelaras Bestari (GPB)/ICT, Guru Perpustakaan & Media (GPM) dan Juruteknik Komputer sekolah.

Tahniah warga kerja SK Parit 6, Sungai Besar.. !

MESYUARAT JAWATANKUASA KLUSTER TEKNO-ICT BIL.1/2018

MESYUARAT JAWATANKUASA KLUSTER TEKNO-ICT BIL.1/2018

28.2.2018 – Mesyuarat Kluster Tekno-ICT Bil.1/2018 telah diadakan di PKG Kampung Soeharto. Sebanyak 11 buah sekolah ahli terlibat dalam mesyuarat ini yang terdiri dari Guru Penyelaras Bestari (GPB) / Penyelaras ICT (GPICT). Mesyuarat turut dihadiri oleh pengerusi jawatankuasa kluster Teknologi Pendidikan dan ICT, En Zaini bin Mad Lazin. Mesyuarat ditangguhkan jam 11.00 pagi.

MESYUARAT JAWATANKUASA KLUSTER TEKNO-ICT BIL.1/2017 DAERAH HULU SELANGOR

MESYUARAT JAWATANKUASA KLUSTER TEKNO-ICT BIL.1/2017 DAERAH HULU SELANGOR

13.3.2017 – Mesyuarat Kluster Tekno-ICT Bil.1/2017 Daerah Hulu Selangor telah diadakan di SK Lembah Beringin. Sebanyak 68 buah sekolah terlibat dalam mesyuarat ini yang terdiri dari Guru Penyelaras Bestari (GPB) / Penyelaras ICT (GPICT) sekolah daerah Hulu Selangor. Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil PPD Hulu Selangor, En Mohd Helman bin Rahim dan wakil BTPN Selangor, En Munir bin Mat Yaub. Mesyuarat ditangguhkan jam 4.30 petang.

MESYUARAT J/KUASA KLUSTER TEKNOLOGI PENDIDIKAN & ICT BIL.2/2017

MESYUARAT J/KUASA KLUSTER TEKNOLOGI PENDIDIKAN & ICT BIL.2/2017

25.7.2017 – Mesyuarat Kluster  Teknologi Pendidikan & ICT Bil.2/2017 telah diadakan di PKG Kampung Soeharto. Ahli mesyuarat adalah terdiri dari Guru Penyelaras Bestari (GPB) / Penyelaras ICT (GPICT) sekolah ahli zon PKG Kampung Soeharto. Mesyuarat ini juga adalah kesinambungan dari mesyuarat Bil.1/2017. Segala persoalan dan masalah cuba diselesaikan dalam mesyuarat ini. Mesyuarat ditangguhkan jam 4.00 petang.