KEMBARA LENSA@PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

KEMBARA [email protected] DICKSON, NEGERI SEMBILAN

28-29.9.2018 – Kembara Lensa kini di Port Dickson, Negeri Sembilan. Seramai 13 orang turut terlibat dalam bengkel tahun ini. Tajuk bengkel yang dipilih ini adalah teknik ‘silhoutte’. Sedikit info tentang teknik ini, ia merupakan¬†objek foto tanpa detail sama sekali dan terlihat seperti hanya garis dengan latar belakang terang. Pelbagai teknik dapat dikongsi bersama dalam bengkel tersebut. Aktiviti santai ini turut diselitkan dengan jalinan bersama BTPN Negeri Sembilan yang diwakili oleh Puan Noraya Elya binti Mohamad.

MESYUARAT JAWATANKUASA KLUSTER PSS BIL.2/2018

MESYUARAT JAWATANKUASA KLUSTER PSS BIL.2/2018

1.8.2018 – Mesyuarat untuk Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Bil.2/2018 telah diadakan di PKG Kampung Soeharto. Ahli mesyuarat adalah terdiri dari 11 orang GPM zon PKG Kampung Soeharto. Mesyuarat turut membincangkan cadangan aktiviti melibatkan PSS dan NILAM untuk tahun 2019. Mesyuarat ditangguhkan jam 5.00 petang.

MESYUARAT JAWATANKUASA PERMUAFAKATAN AKTIVITI PKG BIL.2/2018

MESYUARAT JAWATANKUASA PERMUAFAKATAN AKTIVITI PKG BIL.2/2018

31.7.2018 – Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti (JKPA) PKG Bil.2/2018 telah diadakan di PKG Kampung Soeharto. Ahli mesyuarat adalah terdiri daripada 11 orang Pengetua dan Guru Besar. Mesyaurat turut membincangkan aktiviti PKG melibatkan ICT dan PSS. Mesyuarat ditangguhkan jam 5.00 petang.

KEM NILAM DAERAH HULU SELANGOR TAHUN 2018

KEM NILAM DAERAH HULU SELANGOR TAHUN 2018

18.7.2018 РKem NILAM Daerah Hulu Selangor telah diadakan di Perpustakaan Awam Syed Mashor, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Semua pegawai PKG Daerah Hulu Selangor turut terlibat dalam kem ini. Tetamu yang hadir adalah pengerusi Kluster PSS zon PKG Daerah Hulu Selangor, GPM Daerah Hulu Selangor dan wakil rakyat Parlimen Hulu Selangor, Pn. June Leow.

BENGKEL PENGISIAN DATA SSQS TAHUN 2018 UNTUK GPM

BENGKEL PENGISIAN DATA SSQS TAHUN 2018 UNTUK GPM

1.8.2018 – Bengkel Pengisian Data SSQS untuk Guru Perpustakaan dan Media (GPM) telah diadakan di PKG Kampung Soeharto. Seramai 11 orang GPM turut hadir dalam bengkel ini. Semua GPM didedahkan dengan instrumen SSQS untuk GPM. Setiap jawapan yang dipilih akan mempengaruhi taraf bintang pembestarian sekolah masing-masing. Bengkel berakhir jam 1.00 tengahari.