28-29.9.2018 – Kembara Lensa kini di Port Dickson, Negeri Sembilan. Seramai 13 orang turut terlibat dalam bengkel tahun ini. Tajuk bengkel yang dipilih ini adalah teknik ‘silhoutte’. Sedikit info tentang teknik ini, ia merupakan¬†objek foto tanpa detail sama sekali dan terlihat seperti hanya garis dengan latar belakang terang. Pelbagai teknik dapat dikongsi bersama dalam bengkel tersebut. Aktiviti santai ini turut diselitkan dengan jalinan bersama BTPN Negeri Sembilan yang diwakili oleh Puan Noraya Elya binti Mohamad.