23-24.8.2017 – Aktiviti Kembara Lensa kini kembali. Tempat yang dipilih pada tahun ini adalah Kuala Selangor. Sedikit taklimat diberikan pada petang hari Rabu sebelum bertolak ke Pantai Indah Seaview Resort, Kuala Selangor. Sesi malam diisi dengan slot “Photoshop” bertujuan untuk mengimbas semula ilmu yang telah diberi pada tahun lepas.

Keesokan harinya pula, teknik foto jalanan didedahkan oleh fasilitator dari SK Sri Keledang, En Nur Fariq Iskandar bin Mohamed Esa. Kemudian kumpulan ini dibawa ke PKG Jeram untuk pendedahan tentang perisian “Powerpoint” tahap tinggi. Aktiviti ini berakhir jam 4.00 petang dengan perjalanan balik ke rumah masing-masing.