PEMANTAUAN DAN PENILAIAN PBPPP PTP PKG

PEMANTAUAN DAN PENILAIAN PBPPP PTP PKG

25.9.2018 – Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Selangor, Pn. Nik Asma binti Nik Ahmad telah hadir ke PKG Kampung Soeharto. Beliau telah sampai ke PKG jam 9.00 pagi. Penilaian bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 10.30pagi. Terima kasih puan KPP kerana sudi hadir ke PKG Kampung Soeharto.

BENGKEL PENGISIAN DATA NILAM BARU

BENGKEL PENGISIAN DATA NILAM BARU

8.8.2018 – Taklimat pengisian data NILAM telah diadakan di PKG Kampung Soeharto. Seramai 11 orang Guru Perpustakaan & Media (GPM) sekolah ahli terlibat. Taklimat telah diberikan oleh pegawai teknologi pendidikan PKG, Pn Khairul Faridah binti Hasan. Pengisian data NILAM secara atas talian boleh dicapai pada alamat disini. Taklimat berakhir jam 4.00 petang.

MESYUARAT JAWATANKUASA KLUSTER PSS BIL.2/2018

MESYUARAT JAWATANKUASA KLUSTER PSS BIL.2/2018

1.8.2018 – Mesyuarat untuk Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Bil.2/2018 telah diadakan di PKG Kampung Soeharto. Ahli mesyuarat adalah terdiri dari 11 orang GPM zon PKG Kampung Soeharto. Mesyuarat turut membincangkan cadangan aktiviti melibatkan PSS dan NILAM untuk tahun 2019. Mesyuarat ditangguhkan jam 5.00 petang.

MESYUARAT JAWATANKUASA PERMUAFAKATAN AKTIVITI PKG BIL.2/2018

MESYUARAT JAWATANKUASA PERMUAFAKATAN AKTIVITI PKG BIL.2/2018

31.7.2018 – Mesyuarat Jawatankuasa Permuafakatan Aktiviti (JKPA) PKG Bil.2/2018 telah diadakan di PKG Kampung Soeharto. Ahli mesyuarat adalah terdiri daripada 11 orang Pengetua dan Guru Besar. Mesyaurat turut membincangkan aktiviti PKG melibatkan ICT dan PSS. Mesyuarat ditangguhkan jam 5.00 petang.