BENGKEL PERSEDIAAN KEM MEMBACA 1MALAYSIA (KM1M) PERINGKAT PKG KG SOEHARTO, KEM NILAM ZON DAN SANGGAR VLE NILAM PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TENGI

BENGKEL PERSEDIAAN KEM MEMBACA 1MALAYSIA (KM1M) PERINGKAT PKG KG SOEHARTO, KEM NILAM ZON DAN SANGGAR VLE NILAM PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TENGI

18.4.2018 – Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) telah dijalankan selama 2 hari iaitu bermula 17 hingga 18 April 2018. Tempat yang dipilih adalah di SK Sungai Tengi. Majlis telas dirasmikan oleh En Nor Ahmad bin Khamzah, Ketua Unit, Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan (UPSP) BTPN Selangor. Turut hadir ialah Pengetua dan Guru Besar sekolah ahli zon PKG Kampung Soeharto. Persembahan bercerita dan nasyid turut dipersembahkan dalam majlis tersebut. En Ahmad Shauhada bin Zakaria, Guru Besar SK Sungai Tengi turut menjemput semua yang hadir ke sanggar VLE yang telah diwujudkan dalam bilik Pusat Sumber Sekolah. Sanggar VLE adalah satu tempat yang dikhaskan untuk kemudahan murid mengakses laman pembelajaran maya, VLE Frog. Akhir sekali, En. Nor Ahmad memberi penerangan tentang bidang Pusat Sumber Sekolah pada semua hadirin. Terima kasih pada semua yang terlibat bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar terutama sekali tuan rumah, SK Sungai Tengi. Tahniah SK Sungai Tengi! Majlis berakhir jam 1.00 tengahari.

BENGKEL PENGURUSAN GERAKAN MEMBACA ZON PKG KAMPUNG SOEHARTO

BENGKEL PENGURUSAN GERAKAN MEMBACA ZON PKG KAMPUNG SOEHARTO

10.4.2018 – Bengkel Pengurusan Gerakan Membaca zon PKG Kampung Soeharto telah diadakan di PKG Kampung Soeharto. Seramai 11 orang guru terlibat yang mana terdiri dari Guru Perpustakaan & Media (GPM) sekolah ahli. Bengkel ini juga turut membincang tentang aktiviti yang akan dijalankan dalam masa terdekat ini. Bengkel berakhir jam 12.00 tengahari.

MESYUARAT J/KUASA PERMUAFAKATAN AKTIVITI (JKPA) PKG BIL.1/2018

MESYUARAT J/KUASA PERMUAFAKATAN AKTIVITI (JKPA) PKG BIL.1/2018

1.3.2018 – Mesyuarat JKPA PKG Kampung Soeharto telah diadakan di PKG Kampung Soeharto. Ahli mesyuarat adalah terdiri dari Pengetua dan Guru Besar sekolah ahli. Mesyuarat dipengerusi oleh Guru Besar SK Kampung Soeharto, Pn. Sharifah binti Arshad manakala Pn Khairul Faridah binti Hasan bertindak sebagai setiausaha dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat ditangguhkan jam 11.00 pagi.

MESYUARAT JAWATANKUASA KLUSTER TEKNO-ICT BIL.1/2018

MESYUARAT JAWATANKUASA KLUSTER TEKNO-ICT BIL.1/2018

28.2.2018 – Mesyuarat Kluster Tekno-ICT Bil.1/2018 telah diadakan di PKG Kampung Soeharto. Sebanyak 11 buah sekolah ahli terlibat dalam mesyuarat ini yang terdiri dari Guru Penyelaras Bestari (GPB) / Penyelaras ICT (GPICT). Mesyuarat turut dihadiri oleh pengerusi jawatankuasa kluster Teknologi Pendidikan dan ICT, En Zaini bin Mad Lazin. Mesyuarat ditangguhkan jam 11.00 pagi.