KEM NILAM ZON PKG KAMPUNG SOEHARTO TAHUN 2017

KEM NILAM ZON PKG KAMPUNG SOEHARTO TAHUN 2017

26.4.2017 – Kem NILAM zon PKG Kampung Soeharto telah diadakan selama satu (1) hari di PKG Kampung Soeharto. Setiap sekolah diminta menghantar 2 orang calon bersama dengan 1 orang guru pengiring yang terdiri dari Guru Perpustakaan & Media (GPM) sekolah terbabit. Setiap pelajar adalah diminta melalui semua sesi ujian yang telah ditetapkan bagi mendapatkan calon yang layak sepenuhnya bagi mewakili zon PKG Kampung Soeharto. Peringkat seterusnya adalah daerah Hulu Selangor.

MESYUARAT J/KUASA PERMUAFAKATAN AKTIVITI (JKPA) PKG BIL.2/2017

MESYUARAT J/KUASA PERMUAFAKATAN AKTIVITI (JKPA) PKG BIL.2/2017

20.7.2017 – Mesyuarat JKPA PKG Kampung Soeharto telah diadakan di PKG Kampung Soeharto. Ahli mesyuarat adalah terdiri dari Pengetua dan Guru Besar sekolah ahli. Mesyuarat dipengerusi oleh Guru Besar SK Kampung Soeharto, En Rahman bin Mat manakala Pn Khairul Faridah binti Hasan bertindak sebagai setiausaha dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat ditangguhkan jam 11.00 pagi.

MESYUARAT JAWATANKUASA KLUSTER TEKNO-ICT BIL.1/2017 DAERAH HULU SELANGOR

MESYUARAT JAWATANKUASA KLUSTER TEKNO-ICT BIL.1/2017 DAERAH HULU SELANGOR

13.3.2017 – Mesyuarat Kluster Tekno-ICT Bil.1/2017 Daerah Hulu Selangor telah diadakan di SK Lembah Beringin. Sebanyak 68 buah sekolah terlibat dalam mesyuarat ini yang terdiri dari Guru Penyelaras Bestari (GPB) / Penyelaras ICT (GPICT) sekolah daerah Hulu Selangor. Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil PPD Hulu Selangor, En Mohd Helman bin Rahim dan wakil BTPN Selangor, En Munir bin Mat Yaub. Mesyuarat ditangguhkan jam 4.30 petang.

MESYUARAT JAWATANKUASA KLUSTER PUSAT SUMBER SEKOLAH BIL.1/2017 DAERAH HULU SELANGOR

MESYUARAT JAWATANKUASA KLUSTER PUSAT SUMBER SEKOLAH BIL.1/2017 DAERAH HULU SELANGOR

13.3.2017 – Mesyuarat Kluster PSS Bil.1/2017 Daerah Hulu Selangor telah diadakan di SK Lembah Beringin. Sebanyak 68 buah sekolah terlibat dalam mesyuarat ini yang terdiri dari Guru Perpustakaan & Media sekolah daerah Hulu Selangor. Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil PPD Hulu Selangor, En Adli bin Ibrahim dan wakil BTPN Selangor, Pn Norasiah binti Mokti. Mesyuarat ditangguhkan jam 11.30 pagi.

MESYUARAT JAWATANKUASA PERMUAFAKATAN AKITVITI PKG BIL.1/2017 DAERAH HULU SELANGOR

MESYUARAT JAWATANKUASA PERMUAFAKATAN AKITVITI PKG BIL.1/2017 DAERAH HULU SELANGOR

8.3.2017 – Mesyuarat JKPA Bil.1/2017 Daerah Hulu Selangor telah diadakan di SK Lembah Beringin. Sebanyak 68 buah sekolah terlibat dalam mesyuarat ini yang terdiri dari Pengetua dan Guru Besar sekolah daerah Hulu Selangor. Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil PPD Hulu Selangor, En Adli bin Ibrahim dan wakil BTPN Selangor, En Nahar bin Abdul Halim. Penghargaan turut diberikan kepada Pengetua dan Guru Besar yang beroleh kejayaan peringkat sekolah. Mesyuarat ditangguhkan jam 11.30 pagi.