BENGKEL PERSEDIAAN KEM NILAM ZON PKG KAMPUNG SOEHARTO

BENGKEL PERSEDIAAN KEM NILAM ZON PKG KAMPUNG SOEHARTO

19.4.2017 – Satu bengkel telah diadakan di PKG Kampung Soeharto. Kumpulan sasaran bengkel ini adalah dikalangan Guru Perpustakaan & Media (GPM) zon PKG Kampung Soeharto. Pembahagian tugas mengikut kepakaran turut dibuat dalam bengkel tersebut. Soalan dan cabaran yang harus ditempuh oleh pelajar sebelum bergelar calon tokoh NILAM zon PKG Kampung Soeharto turut dibuat dan di olah mengikut kesesuaian masa sekarang. Bengkel berakhir jam 4.30 petang.

BENGKEL PROFESIONALISME JURUTEKNIK KOMPUTER

BENGKEL PROFESIONALISME JURUTEKNIK KOMPUTER

10.4.2017 – Bengkel Professionalisme Untuk Juruteknik Komputer Sekolah zon PKG Kampung Soeharto telah diadakan di PKG Kampung Soeharto. Penceramah yang dijemput khas dari SK Kampung Soeharto pula adalah merupakan Pengerusi JKPA PKG Kampung Soeharto, iaitu En Rahman bin Mat, Guru Besar SK Kampung Soeharto. Seramai 9 orang terlibat dalam bengkel tersebut. Sesi soal jawab turut diselit tanda wujudnya komunikasi 2 hala di antara peserta dan penceramah. Bengkel berakhir jam 2:00 petang.