PENILAIAN PKG CEMERLANG NEGERI SELANGOR 2017

PENILAIAN PKG CEMERLANG NEGERI SELANGOR 2017

15.2.2017 РPegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Selangortelah hadir ke PKG Kampung Soeharto untuk Penilaian PKG Cemerlang Negeri Selangor 2017. Seramai 3 orang pegawai yang terlibat iaitu En Nor Ahmad bin Khamzah, En Mohd Yusnaid bin Mohd Riffin dan En Mohd Lazim bin Bangi. Penilaian tersebut turut melibat fizikal, aktiviti PKG yang telah dijalankan, dokumentasi, maklumat pembestarian sekolah dan maklumat Pusat Sumber sekolah ahli zon PKG Kampung Soeharto. Penilaian berakhir jam 2.00 petang.

BENGKEL KHIDMAT BANTU ICT

BENGKEL KHIDMAT BANTU ICT

21-22.3.2017 РSatu bengkel khidmat bantu ICT telah dijalankan di sekolah ahli PKG Kampung Soeharto, iaitu SMK Gedangsa. Seramai 14 orang peserta terlibat dalam bengkel tersebut yang terdiri daripada guru sekolah dan penolong pegawai teknologi maklumat/juruteknik komputer sekolah ahli. Bengkel yang melibatkan Bilik Alat Pandang Dengar (APD) dan Makmal Komputer sekolah telah berjaya dilaksanakan. Dengan tempoh selama 2 hari, peralatan komputer dapat digunakan di Makmal Komputer berbanding keadaan sebelum ini di sekolah. Semoga guru dan pelajar dapat menggunakan komputer dan talian internet secara lebih optimum.

BENGKEL PENAMBAHBAIK PROGRAM NILAM

BENGKEL PENAMBAHBAIK PROGRAM NILAM

14.3.2017 РSatu bengkel telah diadakan di PKG Kampung Soeharto. Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan dan perbincangan tentang program NILAM yang telah ditambahbaik. Kumpulan sasaran bengkel ini adalah Guru Perpustakaan & Media (GPM) sekolah ahli zon PKG Kampung Soeharto. Bengkel berakhir jam 4.30 petang.